Pengajian Melayu Ke Arah Kelestarian Insan

RM35.00
9786294864573
3 item(s)
+

Pengajian Melayu Ke Arah Kelestarian Insan

Authors: Norhazimah Che Hassan, Aisyah Abdul-Rahman, Syajarul Imna Mohd Ami dan Siti Ngayesah ab. Hamid.,
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864573
Tahun: 2025
Weight: 280 gsm 
Pages:  186 ms
Price: RM35

Buku Pengajian Melayu Ke Arah Kelestarian Insan ini merupakan himpunan penulisan ilmiah yang mendalami peranan Pengajian Melayu sebagai wahana kelestarian insan dalam era yang terus berkembang. Sebagai disiplin ilmu yang menghubungkan bahasa, sastera dan budaya, Pengajian Melayu bukan sekadar melestarikan tradisi tetapi turut menggalas cabaran kontemporari dalam mengukuhkan jati diri, nilai keinsanan, dan keseimbangan pemikiran insan dalam konteks dunia semasa. Justeru, perbincangan dalam buku ini mengupas pelbagai dimensi ilmu dari perspektif bahasa, sastera, sejarah, pemikiran, seni, dan persembahan, hinggalah ke amalan budaya Melayu dan serumpun. Kupasan daripada bab-bab buku ini diharap dapat memberikan sudut pandang baharu kepada khalayak pembaca, khususnya dalam memahami kepentingan Pengajian Melayu bukan sahaja sebagai satu disiplin akademik, tetapi juga sebagai teras dalam pembinaan insan dan masyarakat yang seimbang. Buku ini sesuai dijadikan bacaan dan rujukan akademik bagi mahasiswa, penyelidik dan pencinta budaya yang ingin menyelami dan mengembangkan pemikiran tentang bidang Pengajian Melayu.

KARTINI ABD WAHAB, PhD., merupakan Pensyarah Kanan yang mengkhusus dalam bidang Sintaksis, di Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (Bitara Melayu), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. MUHD NORIZAM JAMIAN, M.Phil merupakan pensyarah sambilan di Program Persuratan Melayu, Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan pelajar Program Doktor Falsafah (Kesusasteraan Melayu), di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional. MOHD YUSZAIDY MOHD YUSOFF, Ph.D, merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (Bitara Melayu). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam pembangunan dan kelestarian warisan, Melayu kontemporari, Melayu diaspora dan pemuziuman budaya Melayu.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI