Pengajian Tinggi: Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan
Author: Qasim Ahmad
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881634
Weight:
Pages:
Year: 2022
Price: RM98
Proses pendemokrasian, pengkomersialan dan pengantarabangsaan telah membawa kejayaan cemerlang kepada sesetengah universiti tetapi terdapat juga yang lain ditimpa permasalahan berantai. Pengalaman siswa-siswi juga tidak murni semuanya. Fenomena ini digarap dalam karya ini dengan mengambil kira perkembangan pengajian tinggi di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia - sesuatu yang mungkin julung kalinya dilakukan oleh penulis tempatan.
-----------
‘Teliti dan teratur, penulisan ini mencerminkan pelbagai cabaran semasa yang dihadapi universiti, termasuklah kualiti pembelajaran & pengajaran, pengangguran graduan, governan dan autonomi institusi. Ia turut membicarakan beberapa perubahan strategi dan hala tuju universiti agar terus cemerlang pada era mendatang’.
Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali,
Canselor, Universiti Cyberjaya.
‘Antara pengisahan tentang pendidikan tinggi yang terlengkap dan terkemaskini dari perspektif sejarah, isu semasa dan perkembangannya. Diterbitkan ketika wabak Covid-19, analisis serta ulasannya menepati persoalan yang menyentuh kepentingan global’.
Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak,
Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
‘Impressive. Buku ini amat penting dan terbit tepat pada masanya bagi menyumbang kepada perdebatan dan perbincangan tentang pengajian tinggi di Malaysia’.
Datuk Profesor Dr Danny Wong Tze Ken,
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
‘Ampuh…Bermanfaat untuk tatapan masyarakat umum khususnya untuk para penggubal dasar dan pemimpin universiti yang beraspirasi’.
Dr Baki Hj Bakar,
Profesor Agronomi dan Ekologi, (1997- 2010) Universiti Malaya.
‘A springboard bagi mendapatkan pengetahuan mendalam tentang pengajian tinggi di Malaysia. Ditulis dengan keprihatinan, ia meninjau pelbagai arus yang melanda universiti melalui kaca mata para penggubal dasar serta ahli utama akademik’.
Profesor Madya Dr Rozilini Mary Fernandez-Chung,
Pengarah, Centre for Academic Partnerships and Engagement, University of Nottingham, Malaysia.
‘Pada penilaian saya, karya ini sarat dengan maklumat yang berguna kepada para pemimpin, pentadbir dan pembuat dasar berkait dengan pengajian tinggi di Malaysia’.
Dr Abdul Manaf bin Saad,
Ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan Malaysia.