PENGALAMAN DAN PENGORBANAN PEKERJA ASING ASIA SELATAN DI MALAYSIA
Author: THIRUNAUKARASU SUBRAMANIAM PRAKASH ARUNASALAM
Publisher: UM PRESS
ISBN:978-967-488-379-9
Page:
Year: 2025
Price: RM46
Penelitian aspek pengorbanan yang dilakukan oleh pekerja asing Asia Selatan memberi nafas baharu kepada bidang penelitian pekerja asing, migrasi, dan kiriman wang. Perspektif baharu ini merangkumi lima aspek penelitian utama iaitu pengorbanan kewangan, pengorbanan penggunaan harian, pengorbanan kesenangan hidup, pengorbanan hubungan kekeluargaan serta pengorbanan hubungan sosial. Oleh kerana hampir semua pekerja asing yang dikaji datangnya daripada keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah, mereka sanggup berkorban pelbagai aspek keselesaan hidup bagi memastikan ahli keluarga mereka di negara asal menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Buku ini bukan sekadar menyingkap aspek ekonomi dan sosial pekerja asing Asia Selatan, malah menonjolkan pelbagai aspek pengorbanan yang dilakukan oleh pekerja asing dengan mengetengahkan dimensi baharu dalam pengkajian migrasi dan pekerja asing di perantauan, sekali gus menekankan kepentingan serta keperluan untuk semua pihak menghargai pengorbanan pekerja-pekerja asing.