Pengantar Falsafah Dan Isu Semasa Rujukan Mahasiswa Universiti Awam & Swasta

RM25.00
9789672799238
5 item(s)
+

Pengantar Falsafah Dan Isu Semasa Rujukan Mahasiswa Universiti Awam & Swasta

Author: Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Mohd Syariefudin Abdullah & Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
Publisher: UPSI Press
ISBN: 9789672799238
Weight: 0.4 kg
Pages: 210
Year: 2022
Price: RM25

Subjek Falsafah dan Isu Semasa dan Penghayatan Etika dan Peradaban adalah dua kursus wajib universiti yang diperkenalkan oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik pada tahun 2019. Sebuah Jawatankuasa Pembangunan Kandungan yang dianggotai oleh 11 orang pakar bidang daripada pelbagai institusi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Amran Muhammad (UCYP) ditubuhkan. Jawatankuasa Pembangunan Kandungan ini menggariskan roh atau semangat kepada kursus Falsafah dan Isu Semasa serta Penghayatan Etika dan Peradaban kepada lima perkara iaitu:

- Pembentukan pemikiran analitikal, kritikal dan sistesis/konstruktif
- Penghayatan kesatuan ilmu, kearifan tempatan dan dekolonisasi
- Penjelasan terhadap cabaran falsafah, sains, ideologi, ekologi & ilmu
- Penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara
- Penjiwaan Falsafah Sejahtera sebagai Pentafsiran Rukun Negara

Buku ini mengandungi 9 Topik merangkumi: 1. Pengenalan, 2. Falsafah dan Kehidupan, 3. Logik dan Metodologi, 4. Psikologi dan Sosiologi, 5. Metafizik, 6. Epistemologi, 7. Ideologi Semasa, 8. Dekolonisasi, dan 9. Isu-isu Semasa. Semoga penulisan dan penyusunan buku ini dapat membantu para pensyarah sekali gus pelajar universiti awam dan swasta dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk sama-sama mencapai objektif pembinaan kursus ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI