Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia
Author: Mahmood
Nazar Mohamed
Publisher: Dewan
Bahasa Pustaka
ISBN: 9789836213426
Year: 2014
Weight: 1.013
kg
Pages: 580 pp
Price: RM30
Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan
Tingkah Laku Manusia sesuai untuk pelajar yang mengikuti bidang psikologi,
pendidikan, sains tingkah laku dan bidang yang berkaitan dengan sains sosial
dan kemanusiaan. Buku ini juga sesuai untuk pembaca umum memahami selok-belok
bidang psikologi.
Dewasa ini kerap terdengar perkataan psikologi
disebut-sebut; psikologi kanak-kanak, psikologi remaja, psikologi pendidikan,
psikologi pekerja, kaunseling dan pelbagai yang lain.
Ini bererti psikologi kini menjadi satu perkataan yang tidak
asing lagi kepada masyarakat dan aplikasinya adalah luas.
Tetapi tidak banyak daripada kita yang benar-benar tahu
apakah psikologi, apakah yang sebenarnya dijadikan teras dan kandungan bidang
tersebut.
Buku ini dapat membantu pembaca :
1.
mendapat satu huraian yang am dan menyeluruh
tentang bidang psikologi;
2.
memahami jiwa dan tingkah laku manusia dan
proses yang berkaitan dengannya;
3. memahami diri sendiri.