Pengenalan Kepada Pengurusan Konflik Antarabangsa
Editor: Mohd Fo’ad Sakdan & Muhammad Fuad Othman
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789675311468
Weight: 300
Pages: 242
Year: 2012
Price: RM56
Buku ini menerangkan secara umum perihal konflik yang sering berlaku dalam hubungan antarabangsa. Penjelasan yang terkandung dalam sembilan bab ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan masyarakat tentang pelbagai konflik dan cara menanganinya sama ada secara positif mahupun sebaliknya meliputi pelbagai perkara seperti konflik ideologi, ekonomi, etnik, agama dan sempadan.
Buku ini juga menghuraikan beberapa pendekatan yang sering dipraktikkan dalam usaha menangani konflik yang wujud meliputi tatacara kaedah perundingan, perantaraan, timbang tara dan juga pembentukan pasukan keselamatan. Buku ini diharap mampu menggambarkan senario menyeluruh tentang konflik-konflik yang berlaku dalam arena hubungan antarabangsa masa kini.