Pengesanan Pterigium Berasaskan Pembelajaran Mendalam

RM36.00
9789672514602
4 item(s)
+

Pengesanan Pterigium Berasaskan Pembelajaran Mendalam

Author: Nurul Syahira Mohamad Zamani, Wan Mimi Diyana Wan Zaki & Aqilah Baseri Huddin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514602
Weight: 
Pages: 156
Year: 2021
Price: RM36

Pterigium merupakan penyakit mata tidak berjangkit yang berlaku dengan kewujudan lapisan tisu yang tidak normal pada konjunktiva. Diagnosis klinikal oleh pakar mata diperlukan untuk mencegah tisu pterygium menceroboh ke dalam pupil, sehingga menyebabkan penglihatan kabur. Kaedah diagnosis mata semasa dilakukan secara manual dan sangat bergantung kepada kepakaran manusia dan ia mengambil masa yang agak lama. Pengesanan automatik yang digunakan secara meluas Bersama rangkaian neural mendalam (DNN) merupakan pendekatan alternatif yang dapat membantu mengatasi kekangan yang wujud. Namun, perlaksanaan DNN memerlukan data berskala besar dan ia menjadi satu cabaran dalam aplikasi domain tertentu termasuk imej perubatan. Oleh itu, konsep pembelajaran pindahan telah diperkenalkan bagi mengatasi cabaran ini. Penyelidikan komprehensif berkaitan pengesanan pterigium menggunakan pembelajaran pindahan dalam pendekatan DNN telah dicadangkan sebagai jalan penyelesaian untuk mengesan kehadiran pterigium. Buku ini menerangkan secara mendalam teori dan reka bentuk seni bina cadangan boleh digunakan sebagai garis dasar bagi pembangunan sistem pengesanan saringan pterigium secara automatik.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI