​Pengherotan Kognitif Dan Pelbagai Isu Sosial

RM25.00
9789674124120
2 item(s)
+

Pengherotan Kognitif Dan Pelbagai Isu Sosial

Author: Rohany Nasir, Zainah Ahmad Zamani, Rozainee Khairudin & Mohammad Rahim Kamaluddin

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124120

Weight: 175g

Pages: 120

Year: 2016

Price: RM25


Pengherotan kognitif boleh dilihat sebagai pemikiran yang rosak atau terpesong juga cara yang kurang tepat dalam memberi makna kepada pengalaman. Pengherotan kognitif ialah merasionalisasi sikap, pemikiran atau kepercayaan tentang tingkah-laku social sendiri atau orang lain. Fikiran atau keadaan kognitif seseorang boleh menerangkan mengapa orang itu melakukan sesuatu. Pengherotan kognitif akan membuat individu melakukan sesuatu tindakan yang salah dari segi undang-undang agama atau moral dengan menggunakan alasan atau rasional bahawa perbuatannya itu tidak akan membawa kesan buruk kepada sesiapa pun atau dia mungkin memberi alasan tingkah lakunya itu biasa atau kerap dilakukan oleh ramai orang. Pengherotan kognitif juga menjadi salah satu faktor asas tercetusnya pemikiran yang tidak sihat dalam individu dan mengundang pelbagai gejala social seperti pelacuran dan kelahiran anak tanpa nikah. Selaras dengan ini, teori kognitif-sosial telah memperihal gangguan yang berlaku pada kognitif seperti pengherotan kognitif adalah disebabkan dan/atau menyebabkan tingkat-laku antisosial dan tidak mampu mentafsir sesuatu situasi sosial dengan wajar dan bernas. Saban hari terdapat peningkatan masalah psikologi dan sscial seperti pelacuran, kehamilan tanpa nikah, remaja delinkuen, pembunuhan yang sangat membimbangkan serta menggugat kesejahteraan. Masyarakat perlu melakukan sesuatu bagi membendung masalah itu sert mencari jalan untuk memastikan masalah seperti itu dapat dikurangkan dan diurus dengan baik. Oleh yang demikian, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan memahami pemikiran individu yang telibat dalam masalah ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI