Pengindustrian Teknologi Pengekstrakan Herba: Potensi Herba Dukung Anak
Authors: Norsyamimi Hassim & Masturah Markhom
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512943
Weight: 0.4kg
Pages: 263pp
Year: 2021
Price: RM45
Masa depan pemprosesan tumbuhan herba menggunakan teknologi pengekstrakan di Malaysia adalah sangat cerah disebabkan kekayaan sumber semulajadinya dengan pelbagai khasiat perubatan. Pengekstrakan bendalir lampau-genting (Supercritical fluid extraction, SFE) merupakan teknologi hijau yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia. Teknologi ini mampu mengurangkan risiko ke atas alam sekitar kerana penggunaan pelarut yang tidak toksik, iaitu karbon dioksida. la menyebabkan pembangunan produk kesihatan daripada tumbuhan herba untuk industri farmaseutikal dengan menggunakan teknologi ini semakin mendapat perhatian. Namun begitu, sehingga kini masih tiada loji perindustrian bagi proses ini untuk penghasilan produk daripada herba terpilih iaitu dukung anak. la adalah tumbuhan herba tempatan yang mengandungi banyak khasiat dan potensi perubatan. Secara amnya, buku ini memberi maklumat mengenai kondisi pengoperasian serta kaedah pengekstrakan yang terbaik untuk herba ini. Ia juga memberi maklumat dan panduan mengenai pembangunan skala naik bagi pemprosesan herba dukung anak menggunakan teknologi pengekstrakan SFE. Selain itu, ia turut mengulas potensi proses ini dari segi ekonomi untuk dibangunkan ke peringkat industri.
NORSYAMIMI HASSIM merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Proses dengan pengkhususan teknologi bendalir lampau-genting terhadap tumbuhan herba. Sehingga kini, telah menghasilkan beberapa penerbitan jurnal terindeks di dalam bidang pengekstrakan tumbuhan, penyaringan fitokimia tumbuhan dan proses pemindahan jisim di dalam proses pengekstrakan.
MASTURAH MARKOM, PhD merupakan seorang seoarang! pensyarah (Professor Madya Ir.) di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah terlibat secara aktif di dalam bidang penyelidikan sejak 20 tahun lepas. Bidang penyelidikan utama adalah teknologi bendalir lampau-genting terhadap pelbagai pengekstrakan tumbuhan herba dan sintesis bahan nano.