Pengirim Buku Dari Pintu ke Pintu
Author: Carsten Henn
Translator: Hasnita Shaari
Publisher: Biblio
ISBN: 9786297733449
Weight: 200 gsm
Pages: 196 m/s
Year: 2025
Price: RM35
Ada sebuah buku yang ditulis untuk setiap daripada kita...
Carl mungkin sudah berusia 72 tahun, namun jiwanya masih muda. Setiap malam, dia berjalan dari pintu ke pintu, menghantar buku secara peribadi kepada pelanggan setianya, sambil memilih dengan penuh teliti cerita paling sesuai untuk setiap seorang daripada mereka.
Suatu malam, muncul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun bernama Schascha. Petah dan penuh semangat, gadis kecil itu berkeras mahu menemani Carl malah cuba mengajarnya satu dua perkara tentang buku.
Namun, apabila pekerjaan Carl di kedai buku mula terancam, mampukah lelaki tua itu dan gadis kecil berjaket hujan kuning itu mempertahankan cara hidup Carl dan menyemarakkan semula keseronokan membaca di bandar kecil Eropah mereka?
'Pengirim Buku Dari Pintu ke Pintu' ialah sebuah kisah yang menghangatkan jiwa tentang nilai persahabatan, keajaiban membaca, dan kuasa buku yang mampu menyatukan kita semua.