Penglibatan Masyarakat Tani Dalam Pembangunan Komuniti
Author: Haris Abd. Wahab
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831004197
Weight: 200g
Pages: 157
Year: 2007
Price: RM25
Bab 1: Pendahuluan
Bab 2: Pembangunan Komuniti dan Penglibatan
Bab 3: Profil Kawasan, Program dan Masyarakat
Bab 4: Pengetahuan dan Tanggapan Terhadap Program-program Pembangunan Komuniti
Bab 5: Penglibatan dalam Program Pembangunan Komuniti
Bab 6: Perbezaan Penglibatan Masyarakat Berdasarkan Beberapa Angkubah
Bab 7: Ringkasan dan Kesimpulan
Buku ini menganalisis penglibatan masyarakat tani dalam program pembangunan komuniti. Ianya dihasilkan bagi menampung kekurangan rujukan dalam bidang pembangunan komuniti. Buku ini dimulakan dengan perbincangan tentang pengenalan masyarakat tani dan program pembangunan komuniti yang dilaksanakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Penglibatan Masyarakat Tani dalam Pembangunan Komuniti seterusnya membincangkan konsep pembangunan komuniti dan penglibatan komuniti yang menjadi teras kepada agen perubahan dan terlibat dalam pelaksanaan sesuatu program pembangunan komuniti. Buku ini juga turut membincangkan aspek yang lebih khusus berkenaan penglibatan masyarakat tani dalam program pembangunan komuniti di negeri Kelantan.