Pengukuran Kemiskinan Multidimensi Berteraskan Islam

RM60.00
9789674883416
20 item(s)
+

Pengukuran Kemiskinan Multidimensi Berteraskan Islam

Penulis: Muhamad Zulfadli Abdul Rahman, Mohammad Taqiuddin Mohamad & Muhammad Shamshinor Abdul Azzis
Penerbit: UM Press
ISBN: 978-967-488-341-6
Tahun: 2024
Berat: 363gsm
Muka Surat: 236pp
Harga: RM60

Buku ini mengupas tentang konsep kemiskinan multidimensi yang meluaskan definisi kemiskinan daripada hanya melihat pada aspek kewangan kepada pelbagai aspek lain yang mempengaruhi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, pendekatan tradisional dalam pengukuran kemiskinan yang berfokus pada elemen kewangan semata-mata telah menimbulkan pelbagai isu seperti kelemahan dalam sistem pengukuran, ketidakseragaman dalam sistem pengiraan pendapatan garis kemiskinan dan had al-kifayah serta ancaman faktor persekitaran terhadap kesejahteraan hidup.

Justeru, buku ini bertujuan untuk menjelaskan keperluan pembangunan pengukuran kemiskinan multidimensi berteraskan Islam, membangunkan indeks kemiskinan multidimensi berteraskan Islam (i-MPI) untuk mengukur insiden kemiskinan di Malaysia serta menilai tahap kebolehgunaan indeks ini sebagai instrumen pengukuran kemiskinan. Penulisan buku ini juga telah menjelaskan terdapat keperluan untuk menyemak semula definisi kemiskinan di Malaysia berdasarkan beberapa faktor utama dan memperkenalkan Indeks Kemiskinan Multidimensi Berteraskan Islam (i-MPI) yang terdiri daripada lima dimensi utama dengan 18 indikator yang berlandaskan prinsip Islam. Selain itu, penulisan buku ini menjelaskan tahap kebolehgunaan yang tinggi dari segi ketepatan, aplikasi, kesesuaian, pengenalpastian, dan kelengkapan untuk diimplementasikan dalam mengukur kemiskinan. 

Oleh yang demikian, buku ini berpotensi untuk memberikan implikasi yang baik terhadap teori, metodologi dan penggubalan polisi dengan tujuan untuk menaik taraf pengukuran kemiskinan di Malaysia melalui metodologi yang lebih bersistematik. Ia juga bertujuan untuk menyediakan panduan dan rujukan yang berguna bagi penggubalan polisi pada masa depan dalam menangani isu kemiskinan di Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI