Pengurusan Institusi Perniagaan dan Kewangan Islam di Malaysia

RM56.00
9789674881986
4 item(s)
+

Pengurusan Institusi Perniagaan dan Kewangan Islam di Malaysia

Editor: Mohd Rizal Muwazir & Fadillah Mansor
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881986
Weight: 
Pages: 
Year: 2021
Price: RM56

Institusi perniagaan dan kewangan Islam pada mulanya ditubuhkan untuk memenuhi keperluan asas masyarakat Islam. Antaranya adalah institusi perbankan dan kewangan Islam, syarikat takaful, industri makanan halal, perhotelan mesra Muslim dan sebagainya. Keperluan dan kehendak yang semakin kompleks dan rencam mewujudkan kepelbagaian bentuk permintaan daripada 1.3 bilion masyarakat Muslim kini. Perkembangan teknologi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, kedudukan ekonomi yang lebih stabil, pengaruh media sosial tanpa sempadan dan percambahan kreativiti serta inovasi tanpa had dalam masyarakat Islam menyaksikan pertumbuhan institusi-institusi perniagaan dan kewangan Islam
dalam kadar yang lebih pesat.

Perniagaan Islam, sebagai sebuah entiti korporat, memerlukan polisi dan amalan pengurusan yang lebih baik, lebih cekap dan lebih dipercayai oleh bukan sahaja masyarakat Muslim, tetapi juga masyarakat bukan Muslim.

Sehubungan itu, buku ini mengupas isu-isu pengurusan dalam institusi perniagaan dan kewangan Islam khususnya di Malaysia dengan meneliti teori dan amalan semasa sistem pengurusannya. Kejayaan institusi-institusi ini bergantung kepada cara pengurusan cekap dan berkesan berlandaskan panduan yang telah ditetapkan oleh Syariah Islamiah. Buku ini merupakan hasil pemerhatian dan kajian ilmiah para sarjana pelbagai latar belakang dalam bidang pengurusan muamalat. 


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI