Pengurusan Kerjaya Dalam Organisasi: Tingkah Laku Proaktif dan Kejayaan Kerjaya

RM20.00
9789672513124
1 item(s)
+

Pengurusan Kerjaya Dalam Organisasi: Tingkah Laku Proaktif dan Kejayaan Kerjaya

Authors: Wan Aishah Wan Mohd Nowalid, Azman Ismail, Razaleigh Muhamad @ Kawangit
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513124
Weight: 0.12kg
Pages: 62pp
Year: 2021
Price: RM20

Buku ini menekankan dimensi pengurusan kerjaya dengan kejayaan kerjaya yang perlu diketengahkan oleh majikan dan organisasi dalam mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan. Dimensi yang dibincangkan dalam buku ini adalah autonomi kerja dan kepimpinan transformasi. Berdasarkan perbincangan yang diutarakan oleh sarjana terdahulu, kebolehan ketua dalam mengurus autonomi kerja dan memimpin pekerja secara bertransformasi dalam kerja harian dapat memberi kesan positif kepada kejayaan kerjaya. Bagaimanapun, kajian terkini yang dilaksanakan mendapati bahawa kewujudan tingkah laku proaktif yang diberikan secara terbuka dalam persekitaran pekerjaan dapat membantu pekerja mengurus kerjaya dengan baik bagi memperoleh peluang dalam kenaikan pangkat dan mencapai kepuasan dalam kerjaya mereka. Lanjutan daripada itu, keadaan ini membuktikan bahawa sikap tingkah laku proaktif yang wujud dalam perhubungan antara autonomi kerja dan kepimpinan transformasi dapat membantu pekerja memperoleh peluang yang tinggi dalam kenaikan pangkat dan juga mencapai kepuasan yang tinggi dalam kerjaya. Sifat perhubungan ini telah banyak dikaji, namun keberkesanan tingkah laku proaktif sebagai aspek penting kurang diberi perhatian sewajarnya. Oleh itu, buku ini mengenal pasti sejauh mana keberkesanan tingkah laku proaktif dalam perhubungan antara pengurusan kerjaya dengan kejayaan kerjaya pada abad ini.

WAN AISHAH WAN MOHD NOWALID, Pelajar Doktor Falsafah di Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuat kajian berkenaan pengurusan sumber manusia dan gelagat organisasi.

AZMAN ISMAIL, PhD, Prof. Madya di Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Felo Kanan Bersekutu di HADHARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Felo Penyelidik di Universitas Islam Sultan Agong, Indonesia serta Profesor Pelawat di Universitas Indonesia. Terkini, beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur. Beliau berkepakaran dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia.

RAZALEIGH MUHAMAT @ KAWANGIT, PhD, Prof. Madya di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam dan Felo Kanan Bersekutu di HADHARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang Pembangunan dan Pengurusan Hal Ehwal Islam.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI