Pengurusan Kualiti dan Perpustakaan: Ke Arah Transformasi Pengajian Tinggi Negara

RM49.00
9789670876054
2 item(s)
+

Pengurusan Kualiti dan Perpustakaan: Ke Arah Transformasi Pengajian Tinggi Negara

Author: Che Azlan Taib, Hartini Ahmad & Nor Hasni Osman
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789670876054
Weight: 0.484kg
Pages: 307
Year: 2024
Price: RM49

Sejak sekian lama diperdebatkan berkenaan kualiti perkhidmatan. Namun sukar ditemui buku-buku berkenaan pengurusan kualiti yang membincangkan model dan peranan perpustakaan akademik dalam menyokong institusi pendidikan. Oleh itu buku ini ditulis hasil penelitian dan kajian penulis yang agak lama berkenaan pengurusan perpustakaan akademik.

Buku ini dimasukkan beberapa model pengurusan kualiti yang berguna kepada sesebuah perpustakaan, khususnya kepada perpustakaan akademik. Seperti model Pengurusan Kualiti ISO 9001, Malcolm Baldridge National Quality Award (MBNQA) dan The European Quality Award (EFQA).

Dari segi aplikasi, buku ini amat baik dijadikan sumber rujukan kepada pegawai perpustakaan kerana ianya turut menghuraikan bagaimana pengurusan kualiti dalam senario perpustakaan sebagai sumber maklumat. Buku ini turut mengenengahkan falsafah-falsafah kualiti. Malahan bagi melengkapkan falsafah-falsafah kualiti tersebut, buku ini juga menghuraikan berkenaan anugerah-anugerah kualiti, termasuklah anugerah perpustakaan cemerlang.

Buku ini juga boleh digunakan bagi memastikan perpustakaan akademik berjaya menyokong dalam pencapaian transformasi pengajian tinggi negara. Bagi merealisasikan kualiti perkhidmatan yang baik dapat ditawarkan oleh sesebuah perpustakaan, buku ini boleh dijadikan rujukan. Buku ini disusun dengan mudah supaya pembaca dapat memahami keseluruhan topik yang dibincangkan dengan senang.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI