Pengurusan Lestari: Suatu Keperluan Bukan Pilihan
Author: Radieah Mohd Nor & Normaliza Abdul Manaf
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834928230
Weight:
Pages: 160
Year:
Price: RM32
Pengurusan lestari merupakan agenda penting masyarakat dunia hari ini dalam memastikan pemuliharaan alam sekitar terus berkekalan demi keharmonian dan kesejahteraan generasi akan datang. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memperkenalkan program yang menyatukan saintis dan penyelidik rentas bidang dalam menyelesaikan masalah sejagat yang dikenali sebagai Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs). Matlamat Pembangunan Lestari merupakan gabungan daripada tujuh belas cabaran global utama pada masa kini dan akan datang; antaranya termasuklah kehidupan yang sihat dan sejahtera, pendidikan berkualiti, kebersihan sumber dan rawatan air serta bandar raya dan komuniti lestari. Bagi merealisasikan matlamat kelestarian tersebut, inisiatif yang melibatkan perkongsian pelbagai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran perlu diusahakan.