Penjaga Warga Tua: Daya Tahan dan Kesejahteraan Hidup
Author: Suridah Ali, Rahimah Abdul Aziz, Mimi Hanida Abdul Mutalib
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863040
Weight: kg
Pages: 120 m/s
Year: 2024
Price: RM25
Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berusia 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk. Peningkatan jangka hayat warga tua turut menyebabkan warga tua perlu dijaga untuk satu jangka masa yang panjang. Peningkatan jumlah warga tua yang uzur dan sakit juga menyebabkan keperluan terhadap aspek penjagaan turut meningkat. Penjagaan warga tua biasanya dilakukan secara formal atau tidak formal. Namun demikian, kebanyakan masyarakat di Malaysia masih memilih untuk melakukan tugas penjagaan secara tidak formal kerana masih mempunyai nilai-nilai yang kuat untuk bertanggungjawab menjaga golongan warga tua. Berkaitan hal ini, lazimnya ahli keluarga terdekat dijangka berperanan sebagai penjaga utama. Walau bagaimanapun, penjagaan warga tua secara jangka panjang ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi daya tahan dan kesejahteraan hidup penjaga utama. Oleh sebab itu, isu penjagaan tidak formal secara jangka panjang menjadi sangat penting pada masa kini dan masa akan datang kerana bilangan warga tua yang menghidap penyakit kronik semakin bertambah. Buku ini amat berguna bukan sahaja untuk para pelajar, tetapi juga untuk para pensyarah, penyelidik, pembuat dasar dan sesiapa sahaja yang berminat memahami isu penjagaan warga tua yang dilakukan secara tidak formal untuk satu tempoh masa yang panjang.