Pensejarahan Awal Islam
Author: Wan Yahya Wan Ahmad
Publisher:
UM Press
ISBN: 967-9940-41-1
Year: 1992
Weight: 0.200
kg
Pages: 220
pp
Price: RM20
PENULISAN Sejarah Islam, sebagaimana penulisan dalam bidang ilmu yang lain, berjalan selari mengikut hukum evolusi. Pada peringkat awal, masalah yang berhubung dengan ilmu sejarah masih bercampur aduk dengan ilmu-ilmu lain seperti sastera, hadith, fiqh dan tafsir. Hal ini berlaku kerana rujukan utama bagi pengumpulan ilmu-ilmu tadi berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Para ulama terkemuka berusaha menyusun masalah-masalah yang mempunyai persamaan ke dalam bahagian tertentu. Dengan itu, wujudlah cabang-cabang ilmu Islam, seperti Ilmu Tafsir, Ilmu Hadis, Ilmu Fiqh dan Sejarah Islam.