​Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020

RM70.00
9789674910273
Out of stock

Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020

Editor: Dzulkifli Abdul Razak, Rosnani Hashim

Publisher: IIUM Press

ISBN: 9789674910273

Pages: 454pp

Year: 2019

Price: RM70

Falsafah Pendidikan Negara (FPN), dan kemudiannya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sudah berusia tiga dekad. Dalam jangkamasa 30 tahun, dunia telah banyak berubah, sesetengahnya berpaksikan kepada perkembangan pesat pendidikan tempatan dan sejagat, dan sebaliknya didesak pula oleh pelbagai pihak, khususnya industri serta ideologi lain, ke atas dunia pendidikan. Faktor ini sudah cukup memberi isyarat bahawa pendidikan wajar dipandu dan dibimbing supaya ia tidak diheret ke sana ke sini hingga terkeluar daripada matlamat serta acuan kita sendiri. Ini sekali gus meletakkan keyakinan bahawa apa juga penilaiannya kelak, FPK masih relevan dan sesuai untuk abad ke-21 dalam melangsungkan agenda pendidikan negara dan sejagat. Malah ini adalah antara tujuan utama buku ini, iaitu untuk memberi FPK nafas baru sesuai dengan zaman dan keadaan semasa. Untuk tujuan ini beberapa orang penulis yang pakar dalam bidang masing-masing telah diundang khas agar dapat berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam mengemudi FPK ke alam baru tanpa mengenepikan sejarah, hikmah dan liku- liku yang dialami dalam membentuk dan mencorak FPK sebagai kerangka utama pendidikan negara.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI