Pentaksiran Pendidikan
Author/Penyelenggara: Azizi Ahmad
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834614461
Weight: 300g
Pages: 211
Year:
Price: RM20
Seseorang tidak perlu melihat lebih jauh untuk mengetahui betapa pentingnya pengujian dan pentaksiran dalam dunia pendidikan. Setiap hari mahupun bulan dan tahun, kita sering melihat isu dan berita tentang peperiksaan atau keputusan peperiksaan dalam akhbar harian terkemuka. Pengujian dan pentaksiran melebihi akauntabiliti kerana perkara ini merupakan satu kaedah ataupun cara bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Ujian piawai dan pentaksiran berskala besar digunakan untuk menggalakkan kemahiran pengajaran yang dinyatakan oleh badan pendidikan negeri mahupun kebangsaan. Pendidik dan guru hari ini amat memerlukan pengetahuan tentang penggunaan ujian, pembinaan instrumen, protokol pentaksiran dan penilaian ujian. Tidak banyak kursus dan buku teks yang dapat membantu memenuhi keperluan ini. Begitu juga tidak banyak bahan yang berbentuk penggunaan untuk guru di dalam bilik darjah yang ada seperti yang terdapat dalam buku ini. Buku ini diharap akan dapat membantu anda mendapat beberapa pengetahuan dan maklumat yang berguna untuk pembinaan pentaksiran. Anda dijangka dapat mempelajari konsep asas pentaksiran, konsep keperluan pentaksiran bilik darjah dan konsep dan isu yang berguna dalam pentaksiran pendidikan di negara ini.