Penyelarasan Isu Kontemporari Berasaskan Maqasid Syariah
Author: Siti Fatimah Salleh, Siti Khadijah Ismail, Zurita Mohd Yusoff
Publisher: Penerbit UniSZA
ISBN: 9789672231981
Weight:
Pages: 207
Year: 2021
Price: RM42
Maqasid syariah merupakan kerangka kepada penyelesaian isu-isu kontemporari yang memerlukan kepada jawapan pantas bagi merealisasikan kepentingan umum. Prinsip umum maqasid syariah yang merealisasikan manfaat dan menolak kemudaratan menjadi asas kepada analisis pandangan hukum dalam isu perubatan menurut perspektif maqasid, penjagaan maruah bagi rawatan materniti, analisis ilmu maqasid dalam kaedah pendidikan kanak-kanak menurut kitab Tarbiyyah al-Aulad fi al-Islam, pendekatan maqasid dalam prinsip pembangunan berteraskan Islam, konsep daging halal dan penyembelihan menurut Sikhism dari perspektif maqasid, isu fiqh kepenggunaan menurut perspektif maqasid dan peranan maqasid syariah dalam perbezaan fatwa produk kewangan Islam. Justeru, buku ini mengetengahkan penyelesaian bagi isu-isu kontemporari terpilih dikemukakan berdasarkan kepada kerangka maqasid syariah. Penerapan ilmu maqasid dalam pelbagai disiplin ilmu mampu menjadikan agenda pengurusan hidup manusia lebih bersifat holistik dan berkualiti.