Penyelesaian Ketidakpatutan Halal Industri Kecil Dan Sederhana

RM20.00
9789672388180
1 item(s)
+
Penyelesaian Ketidakpatutan Halal Industri Kecil Dan Sederhana

Author: Ma'aruf Abd. Ghani

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672388180

Pages: 96pp

Weight: 0.155kg

Year: 2019

Price : RM20

Buku ini membincangkan masalah dan ketidakpatuhan yang selalu berlaku dalam premis dan kemudahan, ramuan, penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan makanan untuk memenuhi keperluan pensijilan Halal Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Masalah dan ketidakpatuhan ini menjadi isu utama terutama kepada industri IKS dalam proses mendapatkan pensijilan Halal. Ini berlaku disebabkan banyak kekeliruan dan ketidakfahaman kepada faktor yang menyebabkan ketidakpatuhan kepada pensijilan Halal. Buku ini juga mengupas masalah dan ketidakpatuhan yang selalu berlaku pada IKS dan cadangan penyelesaian kepada ketidakpatuhan ini. Selain daripada itu masalah dan ketidakpatuhan untuk memenuhi keperluan dalam pensijilan Halal sangat penting dan menjadi pengetahuan baru kepada masyarakat umum terutama kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sebagai pengusaha yang terlibat dalam produk Halal. Industri halal ialah industri yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia dengan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan. Penghasilan Standard Malaysia (MS 1500: 2004) dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) membuktikan bahawa Malaysia komited dalam menjaga integriti Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Sebanyak 97% daripada syarikat perniagaan di negara ini terdiri daripada Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Peningkatan ekonomi bagi industri ini sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan. Antara usaha bagi meningkatkan ekonomi IKS adalah dengan memberi sokongan dalam pembangunan pensijilan halal. Seringkali Laporan Ketidakpatuhan (Non Conformance Report, NCR) menjadi kekangan bagi syarikat untuk mendapatkan sijil halal. Buku ini memfokuskan tentang elemen NCR yang sering berlaku dalam pensijilan halal dan jalan penyelesaian bagi Laporan Ketidakpatuhan yang diperolehi. Buku ini dapat membantu pengusaha khususnya dan masyarakat umum supaya lebih bersedia untuk memenuhi keperluan Halal dalam penghasilan produk.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI