Penyelesaian Pertikaian: Mekanisme Dan Perundangan
Author: Kamal Halili Hassan, Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Suzanna Mohamed Isa
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674122201
Weight: 0.454 kg
Pages: 326pp
Year: 2017
Price: RM40
Pertikaian di antara manusia, organisasi dan negara adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita. Pertikaian berlaku apabila sesuatu yang telah disetujui diengkari atau mana-mana pihak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, pertikaian perlu diselesaikan supaya kehidupan manusia dapat mengikut norma yang boleh membawa kepada kesejahteraan dan keadilan. Pelbagai kaedah dan mekanisme telah diwujudkan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu pertikaian. Kaedah yang lazim digunakan ialah perundingan, mediasi, timbang-tara dan litigasi mahkamah. Kaedah litigasi atau perbicaraan di mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian adalah cara yang sudah lama digunakan. Kini, kaedah 'penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) juga diguna-pakai bagi mempercepatkan penyelesaian pertikaian. Buku ini membincangkan pelbagai aspek mekanisme dan perundangan penyelesaian pertikaian dalam pelbagai bidang kehidupan.