Penyelewengan dalam Tafsir Al-Quran
Author: Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Mazlan Ibrahim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674121761
Pages: 92pp
Year: 2013
Weight:
Price: RM30
Kewujudan pengaruh dan elemen falsafah dalam pentafsiran al-Quran merupakan suatu kecenderungan dekad ini. Malangnya, usaha ini telah dilakukan oleh kebanyakan Intelektual Muslim atas nama kesarjanaan dan kajian akademik. Mereka cuba menyerapkan ideologi Hermeneutik sebagai "galang ganti" kepada Tafsir Ma'thur dan Tafsir bi Ra'yi Mamduh melakukan kajian kritik terhadap al-Quran secara bebas. Realiti ini amat membimbangkan kerana ianya mampu mengelirukan kefahaman dan akidah umat Islam.
Justeru buku ini dihasilkan untuk menyingkap kesilapan sikap dan kefahaman yang cuba disebarkan atas nama Tafsir Liberal. Buku Penyelewengan dalam Tafsir al-Quran ini mengupas mengenai sejarah penyelewengan dalam tafsir semenjak zaman penurunan wahyu sehinggalah ke hari ini. Pembaca akan mendapati kesilapan dan penyelewengan tersebut sebenarnya dimulakan oleh golongan Orientalis terlebih awal, namun kini diulangi oleh umat Islam sendiri ynag terpengaruh dengan falsafah liberal Barat. Buku ini menjelaskan tentang tokoh Intelektual Muslim dari kalangan Bangsa Arab dan Melayu yang terlibat dan penjelasan ringkas tentang latar belakang pendidikan mereka serta karya yang dihasilkan.
Selain itu, pembaca juga diberi pendedahan mengenai contoh tafsiran salah dan menyeleweng yang dilakukan terhadap ayat al-Quran terutamanya dalam isu wanita seperti aurat, poligami, kepimpinan, nusyuz dan ketaatan.