Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian
Editor: Marohaini Yusoff
Publisher: UM Press
ISBN: 983100115X
Weight:
Year: 2001
Page: 486 pp
Price : RM35.00
Buku Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian memuatkan kumpulan penulisan tentang pengalaman penyelidik mengendalikan penyelidikan kualitatif. Secara khususnya, penulisan buku ini memberi tumpuan pada proses dan prosedur penggunaan kaedah dan teknik dalam pelaksanaan penyelidikan yang melibatkan penyelidik sebagai instrument utamanya.
Aspek-aspek yang diliputi adalah etika, perihal memulakan lapangan kajian, pelbagai teknik pengutipan dan penganalisisan data, penyusunan data dan perkara yang berkaitan dengan penulisan laporan serta kaedah penyelidikan kualitatif.
Di samping itu, masalah dan penyelesaian, dan panduan penggunaan dan pelaksanaan prosedur penyelidik dalam konteks dan tujuan penyelidikan masing-masing. Persembahan buku ini tidak dibuat mengikut urutan proses penyelidikan. Dengan itu, penggunaan buku ini boleh dibuat sebagai rujukan terhadap sesuatu aspek dan tidak semestinya dibaca secara berurutan.
Buku ini ditulis untuk rujukan sesiapa yang berminat dalam penyelidikan kualitatif - sama ada penyelidik yang baru bermula atau yang telah lama berkecimpung dalam bidang penyelidikan kualitatif, para pelajar pada peringkat sarjana dan kedoktoran serta para pendidik dalam bidang penyelidikan kualitatif.