​Penyelidikan Pasaran Hartanah Bagi Projek Pembangunan

RM42.00
9789674880385
1 item(s)
+

Penyelidikan Pasaran Hartanah Bagi Projek Pembangunan

Author: Rosli Said, Rohayu Ab Majid, Md Nasir Daud

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674880385

Weight: 200g

Pages:

Year: 2018

Price: RM42


Prestasi ekonomi negara bukan sahaja memberi kesan terhadap perkembangan sektor hartanah malah kemajuan ekonomi turut dipengaruhi oleh pembangunan hartanah itu sendiri. Justeru, pelaksanaan pembangunan hartanah yang berjaya adalah penting untuk perkembangan ekonomi negara. Sehubungan itu setiap projek pembangunan hartanah sememangnya memerlukan sebuah penyelidikan pasaran yang menyeluruh bagi menjamin daya maju sesebuah projek.

Lazimnya, penyelidikan pasaran hartanah melibatkan pengumpulan, catatan dan analisis secara sistematik ke atas semua data yang berhubung kait dengan produk dan perkhidmatan profesion hartanah. Dalam erti kata lain, penyelidikan pasaran hartanah adalah penyiasatan yang sistematik ke atas pasaran bagi mendapatkan maklumat terbaru dan mengkaji hubung kait antara suatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam usaha memperluaskan pengetahuan semasa ke atas pembangunan dan pemasaran hartanah.

Buku ini dapat menambah kefahaman baru terhadap pasaran hartanah dalam kalangan bakal penyelidik dan membantu para penyelidik membuat keputusan yang betul semasa pelaksanaan penyelidikan sekali gus menyumbang kepada projek pembangunan hartanah yang berdaya maju. Diolah dalam bahasa yang mudah, buku ini amat sesuai bukan hanya untuk bacaan dan panduan bagi khalayak khusus (perunding hartanah, ahli ekonomi, pemaju, ahli akademik, ahli kewangan dan para penyelidik) malah juga sesuai sebagai bacaan khalayak umum.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI