Penyelidikan Pembangunan Modul Pembelajaran

RM30.00
9789672512745
Out of stock

Penyelidikan Pembangunan Modul Pembelajaran

Authors: Noraini Talib & siti Fatimah Mohd Yassin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512745
Weight: 0.23kg
Pages: 146pp
Year: 2021
Price: RM30

Penyelidikan dalam bidang pendidikan boleh dilakukan dari pelbagai sudut. Namun begitu, penyelidikan pembinaan modul adalah satu aspek penyelidikan yang perlu diketahui dan difahami oleh penyelidik yang mengkhusus dalam bidang pendidikan. Mungkin ramai penyelidik menganggap penyelidikan pembinaan modul adalah sukar dan kompleks. sehingga tidak ramai yang mahu melakukannya. Namun begitu, tatacara melakukan penyelidikan pembinaan modul yang sistematik dan meliputi pelbagai disiplin ilmu penyelidikan sebenarnya sangat menarik dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Pengalaman penulis melakukan penyelidikan pembinaan modul dengan proses yang lengkap dan tersusun dan dapat dilakukan pada masa yang singkat membuktikan penyelidikan jenis ini bukanlah mustahil untuk dilakukan bagi pelajar-pelajar di peringkat pascasiswazah. Setiap aktiviti kajian sepanjang proses penyelidikan pembinaan modul memberikan makna yang tersendiri. Malah, penyelidikan pembinaan modul adalah sejenis penyelidikan yang seronok untuk dilakukan jika kita memahami dan menguasai setiap inci daripada aktiviti kajian yang perlu dilakukan. Oleh sebab itu, buku ini bukan sahaja menghuraikan proses penyelidikan pembinaan modul tetapi juga panduan untuk melakukan setiap aktiviti dalam penyelidikan pembinaan modul secara terperinci serta kajian dalam kajian yang terlibat di sepanjang proses tersebut. Justeru, buku ini amat sesuai menjadi rujukan kepada para pelajar di peringkat pascasiswazah khususnya pelajar-pelajar yang akan melakukan penyelidikan pembinaan modul sama ada daripada bidang pendidikan atau bidang sains sosial yang lain.

NORAINI TALIB, PhD, P.Tech (IT) adalah Pegawai Teknologi Maklumat Kanan di Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian beliau di peringkat Doktor Falsafah memfokuskan penyelidikan pembinaan modul khusus untuk pendidikan pengaturcaraan komputer.

SITI FATIMAH MOHD YASSIN, PhD, adalah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Ketua Modul Pendidikan Komputer, Fakulti Pendidikan dan Ketua Program Pencarian dan Pengurusan Bakat Pusat GENIUS@Pintar. Bidang kepakaran beliau adalah Pendidikan komputer, Pembangunan Perisian Pendidikan, Teknologi Pendidikan dan Pengurusan Ujian dalam Talian.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI