Penyertaan Komuniti dalam Keusahawanan Luar Bandar di Malaysia
Author: Azlizan Talib & Hamzah Jusoh
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789670876436
Weight:
Pages: 159
Year: 2016
Price: RM30
Buku yang berdasarkan hasil kajian ilmiah ini memaparkan perbincangan dan analisis terperinci terhadap pemahaman tentang bidang keusahawanan serta pelaksanaannya dalam konteks di kawasan luar bandar.
Konsep dan idea keusahawanan luar bandar ini lahir daripada keperluan tentang pentingnya memperkembangkan bidang keusahawanan dalam kalangan penduduk luar bandar. Dalam dekad ini, bidang keusahawanan sememangnya diakui sebagai pemangkin utama dalam meningkatkan tahap dan pembangunan ekonomi.