​Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya

RM60.00
4 item(s)
+

Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya - Paperback

Origin: Purification of the Heart: Sign, Symptoms and Cures 
Author:Hamza Yusuf
Translator: Abdul Jabbar Md. Salleh
Publisher: Inisiatif Buku Darul Ehsan
ISBN: 
Weight: 
Pages: 260
Year: 2024
Price: RM60

Tiada yang selamat pada Hari Pembalasan, kecuali mereka yang kembali kepada Allah dengan hati yang sejahtera. (Qur’an)

Kitab Matharatu `l-Qulub karangan Imam Maulūd adalah antara panduan terbaik bagi mengasuh kesejahteraan hati. Ia membincangkan erti dan punca penyakit hati serta kaedah rawatannya. Antara tanda utama penyakit yang dibincangkan termasuk bakhil, cemburu, benci, sombong dan hawa nafsu yang menghanyutkan manusia daripada jalan yang benar dan menguasai dirinya ketika menjalani kehidupan sehari.

 Buku ini menghimpunkan huraian ke atas kitab tersebut oleh Syeikh Hamza Yusuf, ulama pertama dari Amerika Syarikat yang menjadi pensyarah universiti tertua di dunia, Universiti Qarawiyin, Maghribi.

Punca dan penawar yang dikemukakan Imam Maulūd dihuraikan dengan berkesan oleh Syeikh Hamza, menyingkap cara dan kaedah Islam menangani masalah kerohanian dan kejiwaan serta menerangkan bagaimana umat manusia dapat meraih manfaat daripada segala ajaran ini

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI