Peradaban Dan Perkauman Di Malaysia: Hubungan Etnik Melayu-Cina
Author: Wan Norhasniah Wan Husin
Publisher:
UM Press
ISBN: 978-983-100-549-1
Year: 2012
Price: RM63
Fokus utama buku ini ialah menganalisis dan menilai punca
konflik antara etnik Melayu dengan etnik Cina dalam proses pembinaan
negara-bangsa di Malaysia dari sudut baharu, iaitu perspektif peradaban.
Ini merujuk kepada dua nilai utama yang terangkum dalam
peradaban dan budaya yang dikenali sebagai nilai induk dan rukun teras. Usaha
memupuk kesatuan antara etnik Melayu dengan etnik Cina bukanlah sesuatu yang
mudah kerana masing-masing lahir dengan mewarisi unsur budaya dan peradaban
yang bertembungan.
Jurang yang memisahkan hubungan kedua-dua etnik ini mungkin
dapat dikurangkan dan kerjasama mampu dipupuk sekiranya semua pihak sedia
bertolak ansur serta memahami kedudukan masing-masing menerusi sejarah