Peradaban Islam

RM30.00
9789674124885
5 item(s)
+

Peradaban Islam

Editor: Jawiah Dakir, Fariza Md. Sham & Mujahid Abu Bakar

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124885

Year: 2017

Weight: 0.150 kg

Pages: 161 pp

Price: RM30

Negara yang bertamadun ialah sebuah negara yang mempunyai bangsa yang beradab dan berakhlak. Itulah sebabnya, suatu bangsa yang bertamadun akan dapat membina suatu peradaban. Untuk membina suatu peradaban pula, memerlukan ketamadunan, iaitu peningkatan kemajuan dalam kehidupan rakyatnya sama ada dari aspek jasmani mahupun rohani. Ini dapat dibuktikan apabila, orang-orang Islam dapat mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, sehingga dapat mewujudkan suatu peradaban, yang dipanggil Peradaban Islam. Sejarah Peradaban Islam adalah sejarah yang amat unik, sesuai dengan semua etnik atau kaum untuk mengkajinya. Peradaban Islam juga sesuai untuk dibangunkan sepanjang zaman sebab sifat Islam sebagai nizam al-hidayah atau sistem hidup. Ini disebabkan dalam usaha membangunkan peradaban, Islam tidak menekankan kepada pembangunan nilai-nilai yang terdapat dalam sesuatu kaum atau etnik tertentu, hatta kaum Arab sendiri. Sebaliknya Islam mengetengahkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat seperti amanah, jujur, ikhlas, kerja bersungguh-sungguh, adil, syukur dan sebagainya. Kemuncak peradaban Islam telah melahirkan pelbagai ilmuwan dalam pelbagai bidang ilmu seperti politik, ekonomi, sosial, kesusateraan, kebudayaan, kemasyarakatan, perundangan, sains dan teknologi, kesihatan, perubatan, kejuruteraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI