Peradaban Islam Di Asia Isu Sejarah, Pendidikan Dan Sains Sosial
Author: Nurulwahidah Fauzi, Wan Nur Amirah Wan Mohd Sabri
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674403379
Pages: 301
Year: 2017
Weight:
Price: RM35
Buku Peradaban Islam di Asia: Isu Sejarah, Pendidikan dan Sains Sosial merupakan kumpulan makalah dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam merangkumi pelbagai disiplin yang dikelompokkan kepada beberapa tema utama iaitu konsep tamadun menurut pandangan ahli sejarawan dan cendekiawan, kegemilangan dan warisan peradaban Islam, berserta perbahasan mengenai isu-isu semasa Tamadun Islam dalam peradaban dunia.
Buku ini membahaskan ilmu historiografi Islam dan konsep sejarah, disiplin dalam penulisan sejarah Islam dengan rentetan peristiwa sejarah membabitkan ilmuwan dalam bidang sosial, matematik dan sains secara kolektif di peringkat antarabangsa dan lokal. Buku ini diharap mampu menjadi pedoman kepada para pembaca untuk lebih memahami dan mendalami ilmu-ilmu sejarah dan tamadun Islam bagi mewujudkan generasi kini yang sentiasa peka terhadap suasana yang kondusif dalam kehidupan.