Peramalan Pasaran Kewangan menggunakan Topologi dan Pembelajaran Mesin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864207
Weight: 247 gsm
Pages: 155 m/s
Year: 2025
Price: RM 30
Buku penyelidikan ini membincangkan penggunaan pendekatan topologi dan pembelajaran mesin dalam peramalan pasaran kewangan. Matlamat utama kajian ini ialah untuk membantu pelabur dan penganalisis kewangan memahami kedinamikan pasaran dengan lebih mendalam, sekali gus menyokong proses pembuatan keputusan kewangan yang lebih tepat dan berasaskan data.
Melalui pendekatan topologi, kaedah homologi gigih (persistent homology) digunakan untuk mengenal pasti struktur tersembunyi dalam data secara kualitatif. Informasi berasaskan struktur ini dimanfaatkan bagi tujuan peramalan pergerakan pasaran saham dan mata wang kripto seperti Bitcoin, khususnya dalam konteks pengesanan awal krisis kewangan.
Pendekatan ini turut digabungkan dengan teknik pembelajaran mesin untuk meningkatkan keupayaan ramalan, termasuklah dalam meramalkan arah pergerakan indeks pasaran saham.
Buku ini sesuai untuk pelbagai kelompok pembaca — termasuk ahli akademik, penyelidik, pelabur, penganalisis kewangan, pelajar, dan sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang matematik, data analitik, dan kewangan moden.