Peranan Universiti: Pengislaman Ilmu Semasa, Penafibaratan dan Penafijajahan
Wan Mohd Nor Wan Daud
Penerbit: CASIS & HAKIM
ISBN: 9789671403112
Tahun: 2017
Bil Muka surat: 127
Buku ini menjelaskan suatu kepentingan arkitektonik dan strategik institusi pengajian tinggi dalam pembangunan yang tepat bagi orang perseorangan dan masyarakat Muslim di merata dunia. Di kala gerak-daya pembaratan (westernization) dan penjajahan (colonization) dalam pelbagai bentuknya masih berpengaruh dalam konteks globalisasi masa kini, pengarang mengajukan hujah bahawa usaha sesetengah sarjana Muslim untuk melakukan pengislaman ilmu semasa, sekaligus segala hal-ehwal yang berkaitan dengan wacana pendidikan dan universiti di dalam Islam, bukan sahaja suatu usaha yang sah untuk mempertahankan identiti agama dan budaya mereka, tetapi juga suatu penawaran alternatif yang terbaik daripada kemodenan Barat, ataupun daripada alternatif-alternatif yang timbul daripada agama dan falsafah lain.