Peranngan Kewangan Keluarga dalam Islam
Authors: Mat Noor Mat Zain
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863231
Weight: gsm
Pages: 140pp
Year: 2024
Price: RM30
Pengurusan kewangan merupakan aspek yang sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan setiap individu, keluarga mahupun masyarakat agar membantu mereka terhindar daripada dibebani masalah berkaitan kewangan. Pengurusan dan perancangan kewangan yang baik dan berhemat akan menjadikan kehidupan seseorang bertambah baik pada masa hadapan. Agama Islam telah menyediakan garis panduan dan prinsip-prinsip yang lengkap dalam kehidupan manusia termasuklah aspek perancangan dan pengurusan kewangan keluarga Islam secara komprehensif dan menyediakan instrumen kewangan yang bijak dalam mengatasi masalah kewangan dan kermiskinan.
Dalam perancangan kewangan keluarga Islam memberikan keutamaan untuk memenuhi keperluan perkara daruriyyat, hojiyyat dan tahsiniyyat bagi mencapai maqasid syariah, iaitu memelihara harta benda dan kekayaan. Pengurusan kewangan keluarga dalam Islam dapat membantu mewujudkan keharmonian dan kebahagiaan dalam kehidupan keluarga sekali gus meningkatkan martabat ekonomi kewangan Islam. Diharap perbincangan ini dapat dijadikan rujukan kepada orang ramai untuk penambahbaikan dan memperluas seterusnya mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan Islam khususnya umat Islam di Malaysia.