Perasaan Bukan Tuhan
Author: Pahroi M. Juoi
Publisher: Jiwa
ISBN: 9786297561578
Pages: 150
Weight: 0.1 kg
Year: 2025
Price: RM35
Ada waktunya, kita cuma perlu mendengar satu kenyataan iaitu: "Perasaan itu bukan Tuhan."
Kita selalu tunduk pada rasa marah, kecewa, sunyi, takut dan rindu. Kita menurut semua rasa itu tanpa soal. Hingga kadangkala diri tersesat dalam meniti perjalanan hidup yang kita sendiri kurang fahami.
Perasaan Bukan Tuhan hadir tidak hanya sebagai buku untuk menenangkan, juga untuk menyedarkan kita bahawa tidak semua rasa perlu dituruti. Bahawa tidak semua luka perlu ditangisi. Bahawa tidak semua sedih perlu ditanggung lama-lama. Cukup sekadar tahu, rasa itu hanya sebahagian daripada seluruh kehidupan kita.
Buku ini tidak menjanjikan penyembuhan segera. Namun ia memberi ruang kecil untuk kita berhenti, menarik nafas dan perlahan-lahan berdamai dengan takdir dalam perjalanan kembali kepada Tuhan.