Pergi Mampuslah UMNO: Benci atau Kecewa
Penulis: Zainuddin Maidin
Penerbit: ZI Publications
ISBN: 9789675266461
Harga: RM30.00
Pergi Mampuslah UMNO: Benci atau Kecewa adalah rentetan pendapat berani dan jujur oleh penulis dan Tokoh Wartawan Negara yang dikenali sebagai penyokong kuat UMNO sejak puluhan tahun. Dari wartawan biasa hingga ke jawatan kanan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan akhbar paling berpengaruh, Utusan Melayu, dan kemudiannnya menjadi Menteri, tidak terfikir baginya bahawa UMNO kini menjadi parti yang amat dibenci, bak kata pepatah, berkerat rotan berpatah arang. Mengambil sikap sedemikian bukanlah mudah baginya, kerana setelah mengenali UMNO dan memperhambakan dirinya di bawah empat Perdana Menteri - dari Tunku Abdul Rahman hingga Mahathir, Zam mempunyai autoriti untuk menilai simpang siur politik UMNNO dari sebuah parti yang disanjung kepada momokan dan kebencian.
Inilah intipati utama buku ini. Penulis dengan penuh sinikal mengulas berbagai isu yang menjerat UMNO dan kancah politik baru Malaysia - antara survival dan penghujung nyawa.