Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad
Origin: Al-Iqtisad Fi Al-I'tiqad
Author: Imam al-Ghazali
Translator: Mohamad
Hilmi
Publisher: Inisiatif
Buku Darul Ehsan
ISBN: 9789671549759
Year: 2018
Pages: 271
pp
Price: RM45
Teks klasik yang berusia hampir satu alaf ini merupakan
salah satu karya penting yang meneruskan wacana Ilmu Kalam menurut neraca Ahli
Sunnah. Ia mengandungi sejumlah hujah yang ampuh dalam menjawab kerancuan
pemikiran berhubung ketuhanan dan intisari agama. Hujah-hujah yang dibentangkan
terhasil daripada analisis dan sintesis terhadap al-Quran dan Hadis menerusi
beberapa bidang ilmu lain, seperti logika, bahasa dan etika perdebatan.
Keunikan karya ini membolehkannya kekal sebagai salah satu
silibus pengajian Ilmu Kalam iaitu sebagai karya peringkat pertengahan di
beberapa institusi pengajian tradisional.
----------
Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (1058 - 1111 Masehi) adalah pengarang kepada sekitar 70 buah karya dalam bidang fekah, tasawuf, ilmu kalam dan juga falsafah. Antara karya beliau yang paling terkenal Ialah Ihya` Ulumuddin (tasawuf), Tahafut al-Falasifah (Falsafah) dan al-Mustasfa fi `ilm al-Usul (usul fekah)