Periklis: Anthens & Kelahiran Demokrasi
Penulis: Donald Kagan
Terjemahan daripada: Pericles of Athens and the Birth of Democracy
Terjemahan oleh: Al-Mustaqeem M Radhi
Penerbit: Awal Nahdah Resources
Halaman: 357 m/s
ISSBN : 9789671441862
Buku ini mengisahkan tentang Periklis, pemimpin Athens zaman silam dan juga salah seorang pemimpin teragung dalam sejarah. Donald Kagan, seorang pakar sejarah Yunani, menjelaskan sisi-sisi Periklis dengan menggunakan sumber-sumber utama yang berwibawa, terutama karya Plutarch dan sejarahwan agung Thucydides.
Dengan gaya penceritaan yang cukup jelas, pengarang bukan saja berhasil mengemukakan gambaran yang padu tentang Periklis tetapi juga menjelaskan tentang kelahiran demokrasi dalam bentuk paling penuh dan menyeluruh di kota itu di bawah kepimpinannya.
Pemerhatian pengarang yang tajam juga membantu pembaca memahami punca-punca sengketa antara Athens dan Sparta serta pengeseran antara demokrasi yang masih baru dengan system-sistem pemerintahan lama, termasuk oligarki yang diamalkan musuh utama Athens, iaitu Sparta.