Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan

RM49.00
9789674617301
2 item(s)
+

Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan

Editor: Azmi Arifin, Farid Mat Zain & Zaidin Mohd Noor
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9789674617301
Weight: 0.523
Pages: 290pp
Year: 2023
Price: RM49

Buku Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan menghimpunkan beberapa esei yang menyentuh tentang sejarah hubungan negeri-negeri Melayu-British-Siam, kolonialisme, nasionalisme, perjuangan politik, perkembangan yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Bangkok 1909 serta kepentingan dan kesan-kesan di sebalik perjanjian itu secara menyeluruh. Fokus buku ini adalah untuk menjelaskan tentang peranan utama yang dimainkan oleh pelbagai kelompok politik dan nasionalis, pemerintah dan rakyat, hinggalah kuasa-kuasa imperialis dalam menentukan kemaraan imperialisme serta jatuh bangunnya Negeri-negeri Melayu Utara khususnya sejak awal kurun ke-20. Penyumbang bab-bab dalam buku ini merupakan ahli sejarah, penyelidik, pakar dan pengkaji yang terkenal dalam bidang masing-masing. Setiap penyumbang cuba memberikan atau meneroka suatu perspektif baharu tentang sejarah Perjanjian Bangkok 1909 yang mungkin sudah dibicarakan tetapi perlu pentafsiran semula, atau dalam isu-isu yang tidak pernah ditimbulkan atau dibincangkan oleh pengkaji sejarah sebelum ini. Pandangan mereka disokong oleh hujah-hujah dan penemuan bukti-bukti baharu yang memungkinkan sejarah Perjanjian Bangkok 1909 dapat diberi suatu tafsiran semula yang lebih kukuh dan menyeluruh. Buku ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan bagi para pelajar, pendidik, pengkaji sejarah, ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat mendalami sejarah perkembangan Negeri-negeri Melayu Utara dalam hubungannya dengan British dan Siam sejak zaman awal hingga kurun ke-20.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI