Perjuangan Orang Aceh: Naratif, Hubungan Etnik & Konflik

RM50.00
9786294861725
4 item(s)
+

Perjuangan Orang Aceh: Naratif, Hubungan Etnik & Konflik

Author: Cut Maya Aprita Sari, Kartini Aboo Talib @ Khalid & Shazlin Amir Hamzah
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861725
Weight: 0.450kg
Pages: 284pp
Year: 2024
Price: RM50

Buku ini membahas tentang perjuangan orang Aceh melingkupi naratif, konflik dan hubungan etnik orang Aceh sejak tahun 1500-an sehingga tahun 2022. Buku ini dibagikan dalam empat fasa konflik, iaitu era kesultanan, kolonialisme, pascakolonialisme dan pasca-MoU Helsinki. 

Para sarjana baik lokal mahupun antarabangsa telah mengambil berat atas konflik Aceh yang berterusan. Namun demikian, trend penerbitan terdahulu menunjukkan bahwa sejarah konflik Aceh dibincangkan secara berasingan dari satu fasa ke fasa yang lain. Hal ini menyukarkan pembaca untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai konflik Aceh secara keseluruhan. Buku ini justeru mengisi kelompongan tersebut dengan membahaskan sejarah konflik dan perjuangan orang Aceh secara komprehensif. 

Buku ini berjaya menghimpunkan cebisan sejarah konflik Aceh menggunakan kaedah proses pengesanan sejarah sehingga menghasilkan empat susur masa sejarah konflik Aceh. Integrasi pelbagai konsep seperti hubungan etnik, gerakan sosial serta konsepsi bangsa idaman pada susur masa sejarah Aceh telah dilakukan untuk menjelaskan beberapa hal penting, iaitu punca terjadinya konflik di Aceh, penggunaan etnik identiti Aceh sebagai pendorong kewujudan gerakan sosial di Aceh, pola hubungan etnik serta mengklasifikasikan konflik intraetnik dan interetnik dalam masyarakat Aceh. 

Buku ini turut mengaplikasikan kerangka baru dalam sains sosial, iaitu ASC-Reaction dalam konflik Aceh. Keterbaruan kerangka ini dapat diaplikasikan pada mana-mana kes konflik etnik. la boleh membantu untuk menerangkan punca terjadinya konflik etnik, mengapa ia berlangsung secara berterusan dan bagaimana cara menghentikannya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI