Perkembangan, Perancangan dan Maklumat Kerjaya
Author: Hamidah Sulaiman et al.
Publisher: UM Press
ISBN: 978-967-488-133-7
Weight:
Year: 2020
Page:
Price: RM60
Buku Perkembangan, Perancangan dan Maklumat Kerjaya ini merupakan usaha penulis dalam mengembangkan ilmu kerjaya dalam isu-isu semasa kepada masyarakat terutama para lepasan graduan yang mencari kerja, kaunselor, pensyarah, guru, pelajar dan juga pembaca am. Objektif utama buku ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pemahaman kepada semua pihak berkaitan isu-isu kerjaya yang disentuh dari zaman sekolah sehinggalah persaraan. Antara topik-topik yang dibincangkan dalam buku ini ialah latar belakang perkhidmatan kerjaya, teori-teori perkembangan kerjaya, penggunaan alat pentaksiran kerjaya, maklumat pendidikan dan kerjaya persediaan memasuki alam pekerjaan, isu-isu kerjaya dan pekerjaan, seting bimbingan dan kaunseling kerjaya, isu etika dalam kaunseling kerjaya dan kajian kes isu perkembangan kerjaya. Setiap bab yang dibincangkan dalam buku ini ditulis dengan begitu teliti berlandaskan bahan-bahan ilmiah serta penulis menulis buku ini mengikut kepakaran masing-masing. Diharap buku ini memberi manfaat kepada pembaca lebih-lebih lagi mengenai ilmu kerjaya.