Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia
Author: Abdul Latif Samian, Khairul Anwar Mastor
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679426335
Weight: kg
Pages: 165 m/s
Year: 2003
Price: RM20
Buku ini memperkenalkan kepada pembaca sejarah dan perkembangan sains serta hubungannya dengan peradaban dan kehidupan manusia. Pengarangnya memperjelaskan perbezaan yang wujud dalam pendekatan menggunakan sains serta falsafah yang mendukungnya di Barat berbanding dengan yang pernah diamalkan dalam peradaban Islam.
Perbincangan dimulakan dengan menyorot perkembangan sains sebagai suatu ilmu dan peranan yang dimainkannya dalam kemajuan tamadun manusia. Selanjutnya dibincangkan aspek pemikiran dan falsafah yang mendasari tabit keilmuan sains dan kesannya terhadap pemikiran dan pandangan hidup manusia.
Justeru perkembangan sains dipengaruhi juga oleh perkembangan politik konflik antara kerajaan dan kaum intelek, globalisasi dan pemikiran sains sendiri maka kita dapati sejarah sains itu tidak terpencil sifatnya. Antara konflik yang ketara ialah penentangan gereja terhadap asimilasi ilmu daripada tradisi keilmuan yang lain. Proses penterjemahan karya ilmuan Islam ke bahasa Barat kemudiannya telah memulakan interaksi kedua-dua peradaban tersebut yang kebanyakannya membawa kepada kemakmuran manusia.