Perlaburan Unit Amanah Patuh Syariah Di Malaysia

RM35.00
9786294863460
3 item(s)
+

Perlaburan Unit Amanah Patuh Syariah Di Malaysia

Authors: Norhazimah Che Hassan, Aisyah Abdul-Rahman, Syajarul Imna Mohd Ami dan Siti Ngayesah ab. Hamid.,
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863460
Tahun: 2024
Weight: 230 gsm 
Pages:  146 ms
Price: RM35

Dalam zaman globalisasi dan perkembangan teknologi yang pesat ini, pelaburan patul syariah semakin mendapat perhatian di kalangan pelabur di Malaysia, Buku ini bertujuan untuk merungkai faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pelabur untuk melabur dalam unit amanah patuh syariah di samping menerangkan latarbelakang lanskap pelaburan unit amanah, jenis-jenis unit amanah serta prinsip-prinsip syariah yang terlibat. Pada masa yang sama, era digital telah membawa perubahan ketara dalam sektor kewangan, di mana teknologi kewangan memainkan peranan penting dalam memudahkan dan mengoptimumkan proses pelaburan. Buku ini juga akan meneliti sejauh mana kemahiran kendiri pelabur terhadap teknologi kewangan mempengaruhi tingkahlaku mereka. Selain itu, buku ini akan mengupas serta menganalisa sejauh mana aspek literasi kewangan Islam, keagamaan, sikap pelabur, sifat personal, dan norma subjektif mempengaruhi tingkah laku pelaburan dalam unit amanah patuh syariah. Dengan memahami semua aspek ini, diharapkan buku ini dapat memberikan panduan yang komprehensif dan bermanfaat kepada para penggubal dasar dan institusi kewangan yang menawarkan pelaburan Unit Amanah Patuh Syariah di Malaysia.

NORHAZIMAH CHE HASSAN, PhD., berkhidmat sebagai Ketua Seksyen Permintaan Domestik di Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang ekonomi dan pegurusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. AISYAH ABDUL RAHMAN, PhD., Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi dan Profesor dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta Felo Penyelidik di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan dan penerbitan beliau menjurus dalam bidang kewangan dan perbankan Islam. SYAJARUL INNA PhD., Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), Pusat Perhubungan Alumni UKM dan Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan dan penerbitan beliau termasuk dalam bidang kewangan korporat, pengurusan risiko kewangan dan pasaran kewangan. SITI NGAYESAH AB. HAMID, PhD., Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan (INSAN), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan dan penerbitan beliau termasuk dalam bidang Pemasaran Islam, Penjenamaan dan Gelagat Pengguna.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI