Perlembagaan Persekutuan: Perbandingan Antara Malaysia Dengan Amerika Syarikat
Author/Editor: Joseph M Fernando
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831007716
Weight: 300
Pages:
Year: 2014
Price: RM88
Buku ini adalah suatu kajian perbandingan prinsip persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia dan Amerika Syarikat. Kajian perbandingan perlembagaan adalah pendekatan yang berguna untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang prinsip-prinsip yang mendasari sesuatu sistem pemerintahan. Walaupun perlembagaan persekutuan Malaysia dan Amerika Syarikat telah digubal dalam era yang jauh berbeza, kedua duannya mempunyai banyak persamaan. Idea dwikedaulatan, badan perundangan dwidewan dan doktrin pengasingan kuasa, sebagai contoh, penting dalam kedua-dua sistem pemerintahan.
Buku ini memberi tumpuan khusus terhadap pembahagian kuasa perundangan dan kewangan, yang merupakan elemen penting dalam sistem pemerintahan persekutuan. Ia juga meneliti perbahasan dan melihat prinsip, idea, kompromi dan niat perangka yang akhirnya membawa kepada penggubalan perlembagaan kedua-dua negara.