​Permata Budi:Karya Sumbangsih Sempena Persaraan Professor Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam

RM98.00
978-983-100-891-1
1 item(s)
+

Permata Budi:Karya Sumbangsih Sempena Persaraan Professor Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam

Author: ARBA'IYAH MOHD NOOR ABU HANIFAH HARIS

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-891-1

Year: 2016

Price: RM98


Buku ini dihasilkan bagi mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Hajah Ramlah Adam sebagai seorang pendidik selama lebih empat puluh tahun selain jasa dan peranan beliau dalam kepimpinan akademik yang telah diberikan khususnya kepada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dan negara Malaysia amnya. Sumbangan beliau dalam bidang sejarah terutamanya penulisan mengenai biografi beberapa tokoh penting di Malaysia amat besar maknanya sehingga beliau begitu dikenali oleh ramai sarjana di dalam mahupun luar negara. Beliau juga sering menjadi pakar rujuk dalam hal berkaitan dengan sejarah Malaysia, khususnya mengenai biografi tokoh serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Segala ilmu yang terkandung dalam karya-karya beliau telah memperkayakan tradisi keilmuan di tanah air kita. Makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah hasil sumbangan rakan taulan, anak didik beliau dan para sarjana daripada pelbagai disiplin ilmu. Semoga segala ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalam mencorakkan lagi tradisi kegemilangan ilmu di Malaysia.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI