​Permisalan Dalam Al-Quran

RM80.00
9789674910341
3 item(s)
+

Permisalan Dalam Al-Quran

Author: Rahmat Hidayat Lubis, Gamal Abdul Nasir Zakaria

Publisher: IIUM Press

ISBN: 9789674910341

Pages: 294pp

Year: 2020

Weight:

Price: RM80

Salah satu kehebatan Al-Quran adalah keindahan bahasanya yang diungkapkan melalui ayat-ayat permisalan. Kata Mathal tidak hanya bererti permisalan, bahkan memiliki banyak erti, antaranya keadaan, persamaan, pengajaran, sifat, contoh teladan dan tandingan. Keindahan makna serta corak penyampaian ayat-ayat tersebut akan memberi kesan yang mendalam kepada minda dan jiwa pendengar dan pembaca. Al-Quran menyeru manusia untuk merenung dan memikirkan ayat-ayat permisalan sebagai peringatan bagi mereka: Dan Demi sesungguhnya Kami telah membuat dalam Al-Quran ini berbagai-bagai-bagai perumpamaan bagi manusia supaya mereka dapat mengambil peringatan ( Al-Zumar, 27).

Ayat-ayat permisalan dalam Al-Quran menjadi salah satu korpus kajian dan pembahasan para pakar ilmu balaghah, yang membincangkan tentang keindahan makna, cara menyampaikan serta kesan yang ditinggalkannya. Terdapat beberapa keistimewaan ayat-ayat permisalan, antara lain: Pertama, permisalan dalam Al-Quran tidak meniru atau mengambil daripada sumber-sumber terdahulu. Kedua, permisalan dalam Al-Quran mengandungi keistimewaan gaya bahasa yang tidak dimiliki dalam korpus bahasa selain Al-Quran. Ketiga, betapa tingginya nilai sastera pada ayat-ayat permisalan. Jadi jelas bagi kita bahawa permisalan yang disebutkan oleh Allah membuktikan kehebatan Allah meletakkan sesuatu selaras dengan tempatnya, yakni memberi misal sesuatu dengan sesuatu yang bersesuaian. Selain itu, permisalan turut menzahirkan hakikat sesuatu yang tidak terlihat agar terlihat.

Buku Permisalan dalam Al-Quran mengandungi tentang konsep dan teori ilmu permisalan; kaedah baharu untuk mengenal pasti ayat-ayat permisalan dalam Al-Quran; pemilihan ayat-ayat Al-Quran mengikut kaedah tersebut; pembahasan ayat-ayat permisalan mengenai hakikat iman dan kufur; serta pembahasan ayat-ayat permisalan mengenai orang mukmin dan kafir.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI