Perniagaan British di Malaysia Pascapenjajah 1957-70: ‘Neokolonialisme’ atau ‘Pengunduran’?
Author: Nicholas J. White
Publisher: ITBM
ISBN : 9789830684024
Year: 2010
Weight:
Pages:
Price : RM 45
Buku ini meneroka batasan gagasan ‘neokolonialisme’, iaitu tanggapan bahawa Tanah Melayu/Malaysia dalam tempoh sejurus selepas kemerdekaannya hanya menikmati kemerdekaan palsu. Perkara ini terutamanya adalah disebabkan kedudukan usahawan British yang kukuh dan berkuasa yang dikaitkan dengan golongan elit peribumi. Walaupun perniagaan British sememangnya mempunyai kedudukan yang kuat di Malaysia yang merdeka, namun ahli politik dan pentadbir tempatan masih dapat mempergunakan syarikat perniagaan British untuk mencapai matlamat mereka sendiri.
Pada masa yang sama, firma British kecewa dengan proses membuat keputusan yang diamalkan oleh orang Malaysia dari segi politik mahupun ekonomi. Tambahan pula, pesaing perniagaan dari kalangan orang tempatan dan orang asing yang bukan British kian mengukuhkan kedudukan mereka di bawah regim Perikatan.