Perpaduan dan Pendidikan di Malaysia
Authors: Abdul Rahman Arshad
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834919573
Tahun: 2025
Weight: 321 gsm
Pages: 265 ms
Price: RM35
Perpaduan nasional menjadi matlamat paling utama bagi negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pelbagai strategi dan pendekatan dilaksanakan ke arah perpaduan nasional. Pendidikan pula dianggap sebagai alat utama untuk mencapai matlamat ini. Benarkah perpaduan telah dicapai? Jika benar, sehingga ke tahap mana? Buku ini cuba menjawab persoalan yang tidak pernah luput ini.
Penulis buku ini, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia pendidikan tanah air. Beliau telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia selama lebih 30 tahun; bermula sebagai guru dan akhir perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Antara karya yang dihasilkan beliau termasuklah Unity and Education in Malaysia dan Abdul Rahman Arshad: Kenangan Sepanjang Jalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.