Persaingan Ideologi PAS & AMANAH dalam Politik & Pilihan Raya
Author: Muhamad Helmy Sabtu & Muhamad Nadzri Mohamed Noor
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674127862
Year: 2019
Pages: 178pp
Price: RM35
Buku ini melakukan penelitian terhadap dua parti Islam di
Malaysia pada lewat ini, iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Amanah
Negara (AMANAH). Perkembangan politik tanah air mutakhir ini memperlihatkan
berlakunya perpecahan di dalam parti Islam sehingga melahirkan AMANAH. PAS dan
AMANAH memiliki kefahaman yang berbeza tentang bagaimana agenda Islam harus
dilaksanakan di Malaysia. Ia mencetuskan persaingan ideology dan pendekatan di
antara kedua parti itu dalam mendapatkan sokongan masyarakat dan kuasa politik.
Kajian ini, untuk itu, diasaskan bagi memberi refleksi terhadap perkembangan
ini. Objektif utama buku ini adalah seperti berikut: menyusur-galurkan latar
belakang PAS dan AMANAH dalam kerangka politik Malaysia; membuat analisis
perbandingan ke atas ideologi dan pendekatan di antara PAS dan AMANAH dalam
konteks politik Islam di Malaysia, serta meninjau prestasi PAS dan AMANAH dalam
Pilihan Raya Umum 2018 (PRU-14).
Buku ini mendapati PAS dan AMANAH membawa ideology yang
berbeza dalam memperjuangkan agenda Islam di Malaysia. PAS memperjuangkan dalam
konteks untuk mengekalkan penguasaan politik berasaskan status quo dan dogma
Melayu-Islam. Parti AMANAH pula menggerakan Islam di dalam kerangka yang lebih
bersifat sederhana, pragmatik dan sesuai dengan tuntutan demokrasi.
Pertembungan PAS dan AMANAH dalam PRU-14 telah memperlihatkan pecahan landskap
politik Melayu-Islam dengan ketara di mana penerimaan dan penolakan terhadap ideologi PAS dan AMANAH berlaku secara serentak di kawasan-kawasan yang berbeza di
Semenanjung Malaysia.